Cari @ Amanz

HP sedia mempunyai penawaran komputer riba memfokuskan permainan video dibawah keluarga Omen. Hari ini, HP telah pun memperkenalkan kemaskini model baru dibawah keluarga Omen, iaitu HP Omen X 2S.

Menjadi fokus utama pada komputer riba ini adalah penggunaan dwi-skrin padanya. Melalui rekaan ini, selain skrin utama, sebuah skrin kedua bersaiz kecil turut disertakan yang diposisikan pada bahagian atas papan kekunci. Dengan adanya skrin kedua ini, pengguna boleh memantau beberapa perkara tanpa menganggu permainan video mereka – terutamanya saluran seperti Twitch, YouTube atau Facebook Live.

HP Omen X 2S

HP Omen X 2S hadir dengan skrin 15-inci dengan kadar segar semula 144Hz atau 240Hz, skrin kedua 6-inci 1080p, dijana cip Intel Core i9, kad grafik GeForce RTX 2080 Max-Q, memori sehingga 32GB RAM, dan pilihan storan berasaskan Intel Optane.

HP turut menyertakan sokongan penyejukan yang baik bagi memastikan ia menawarkan prestasi pengguanaan baik bagi tempoh masa panjang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah komputer riba ini akan dipasarkan untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd