Carian
OnePlus 7 Pro Menerima Skor DXOMark Kedua Tertinggi Untuk Peranti Mudah-Alih
May 14, 2019 Aman

OnePlus hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar terbaru mereka, dan menjadi fokus utama adalah OnePlus 7 Pro. Ketika pengumuman, pihak OnePlus turut menyentuh mengenai sokongan fotografinya, dan ia dilihat menerima skor DXOMark sebanyak 111 – sekaligus meletakkannya di posisi kedua, dibelakang Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang kedua-duanya menerima skor 112.

OnePlus 7 Pro hadir dengan fokus terhadap tri-kamera pada bahagian belakang, mengabungkan penggunaan kamera utama Sony IMX586 sebesar 48-megapixel, kamera rakaman ultra-lebar 16-megapixel, dan kamera telefoto 8-megapixel. Ia menawarkan beberapa ciri rakaman menarik, termasuk sokongan rakaman video 4K/60fps.

OnePlus 7 Pro Kamera

Melalui ujian pihak DXO, ia menerima skor yang tinggi untuk rakaman gambar, dan sedikit rendah untuk rakaman video. Untuk swafoto pula, ia menerima skor sebanyak 98.

Pihak DXO turut menekankan yang mana versi perisian yang diuji mereka masih belum tersedia untuk pengguna umum, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum pengguna umum menerimanya.

Komen