OnePlus 7 Hadir Dengan Skrin Bertakuk, Dwi-Kamera Belakang, Snapdragon 855

OnePlus 7 Hadir Dengan Skrin Bertakuk, Dwi-Kamera Belakang, Snapdragon 855

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan OnePlus 7 Pro, pihak OnePlus turut memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar dengan beberapa ciri-ciri sedikit rendah, iaitu OnePlus 7. Ia dilihat menjadi model asas dengan penawaran harga sedikit rendah, dan juga sedikit kekurangan berbanding versi Pro.

OnePlus 7

OnePlus 7 menawarkan skrin bertakuk 6.41-inci menggunakan panel AMOLED dan pada resolusi 2340×1080 pixel, dijana cip Snapdragon 855, pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan berasaskan UFS 3.0 sehingga 256GB.

Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan sensor 48-megapixel dan kamera depth 5-megapixel, sementara kamera swafoto 16-megapixel dihadapan. Kamera swafoto diposisikan di bahagian takuk, dan tidak menyertakan mekanisma pop-naik seperti versi Pro.

Telefon OnePlus 7 turut hadir dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin, selain bateri yang yang menyokong pengecasan pantas 20W sahaja, dan turut dijana berasaskan OxygenOS.

OnePlus 7 ini dilihat lebih ditujukan sebagai penawaran lebih baik berbanding OnePlus 6T, sementara OnePlus 7 Pro diposisikan dengan penawaran premium termasuk kamera yang baik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro secara rasminya pada minggu hadapan di Malaysia.


TIPS & ULASAN