Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah tampil dengan Panduan Prinsip Kelangsungan Perniagaan bagi rujukan pasaran perusahaan negara. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan negara bagi memperkemaskan kedudukan sistem pasaran perniagaan tempatan.

Untuk makluman anda, panduan prinsip ini memfokuskan kepada enam bahagian tampuk utama dalam perniagaan. Antaranya adalah penekanan pada etika dalam operasi perniagaan, mengenalpasti risiko yang dilalui perniagaan serta tanggungjawab lembaga perniagaan dalam pelaksanaan gerak kerja.

Malah, SC juga turut menekankan pendekatan sedemikian adalah untuk mengurangkan sebarang kemungkinan risiko pada sistem perniagaan. Selain itu, pendekatan ini di ambil kira berdasarkan landskap pasaran negara. Seterusnya, panduan ini dapat mewujudkan suatu pengukuhan pada entiti pasaran perniagaan tempatan dan menjadi penyelesaian kepada sebarang gangguan kritikal yang dihadapi perniagaan di masa hadapan.

Bagi mengetahui makluman lanjut berkenaan garis panduan yang dikeluarkan oleh SC ini, sila layari pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd