Cari @ Amanz

Google Assistant telah disertakan pada Android bermula Android 7.0, namun ia tidak menerima sebarang perubahan antaramuka yang besar sejak pengenalannya. Kini Google dilihat sedang menguji antaramuka baru untuk Google Assistant yang mungkin akan diperkenalkan akan datang.

Ia telah diperlihatkan melalui ujian berasaskan A/B, yang mana sesetengah pengguna sahaja yang dapat melihat antaramuka baru ini. Pengguna yang melihat perubahan ini dilaporkan menggunakan aplikasi Google versi 9.84.10.21 yang dijalankan pada peranti Android Q.

Apabila anda mengaktifkan Google Assistant terbaru ini, ia tidak lagi membawakan paparan berwarna putih, dan digantikan dengan paparan baru berasaskan lutsinar. Ia turut menyajikan empat warna Google yang menarik di bahagian bawah, selain mengekalkan butang Settings dan papan kekunci pada kedudukan yang sama.

Walau bagaimanapun, paparan untuk melihat bualan antara pengguna dan Google Asssitant masih sama – dengan mengekalkan latar belakang berwarna putih. Perkara ini mungkin disebabkan ia masih di peringkat awal dan berkemungkinan akan turut ditukarkan pada akan datang.

Perubahan antaramuka baru Google Assistant ini masih tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada pengguna. Namun bagi anda yang menggunakan peranti Android Q, anda mungkin berpeluang untuk melihat paparan Google Assistant baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd