Carian
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad Melancarkan Dompet Digital PayFo
May 15, 2019 Liyana

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kini telah melancarkan produk baharu mereka iaitu Payfo di Dewan Serbaguna PNMB, Kuala Lumpur. PNMB adalah syarikat yang tidak asing lagi bagi perkhidmatan percetakan pelbagai perkara, termasuk penglibatan dalam percetakan bil-bil utiliti. Manakala, Payfo pula adalah salah satu inisiatif dalam penyelesaian bagi menangani isu permasalahan transaksi nirtunai, dompet digital dan keperluan perniagaan dalam pengurusan kewangan.

Untuk makluman anda, antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam PayFo ini adalah penyelesaian pembayaran bil utiliti, platform E-Subsidi, pertukaran mata wang, aplikasi E-Pasaran untuk warga asing, bank digital, serta pemberian ganjaran bagi setiap transaksi.

Menerusi platform ini juga, secara terus dapat memudahkan pengguna melakukan pembayaran bil utiliti dan menguruskannya dengan lebih efisien. Selain itu, dapat membuka peluang pada kumpulan tertentu untuk berbelanja lebih bijak dengan perlindungan seperti nilai mata wang, mikro insurans, dan pembiayaan mikro. Platform ini juga dilihat sebagai salah satu inisiatif menangani isu kos sara hidup tinggi yang tinggi, di mana penyusunan perbelanjaan menjadi lebih bijak dan teratur.

Seterusnya, PayFo juga bakal mengembangkan operasi mereka pada arena antarabangsa dengan menjalinkan hubungan strategik bersama Singapura dan Australia. Malah sasaran pemasaran mereka turut merangkumi Asia Tenggara dan Asia Tengah. Bagi mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari pada pautan di bawah.

Komen