Sony RX0-II Kini Tiba Di Pasaran Tempatan – Kamera Ultra Padat Pada Harga RM2799

Sony RX0-II Kini Tiba Di Pasaran Tempatan – Kamera Ultra Padat Pada Harga RM2799

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Beberapa bulan lalu, kami telah melaporkan bahawa Sony telah memperkenalkan kamera ultra padat terbaru mereka, Sony RX0-II yang hadir dengan rekaan ringan dan padat yang juga penuh dengan ciri-ciri menarik.

 

Kamera RX0 II ini dilengkapi dengan sensor berlapis Exmor RS CMOS 1.0 inci dan pemproses imej BionzX yang mampu mengambil gambar pada resolusi 15.3MP. Selain dari itu, ia juga mempunyai lensa 24mm dengan bukaan F4 yang boleh mengambil gambar sepantas 1/32000 saat dan penembakan berterusan sebanyak 16FPS, dan mampu merakam video resolusi 4K pada kadar bingkai 30FPS.

 

Kamera RX0 II ini juga dimuatkan didalam sebuah rangka yang kalis air sehingga kedalaman 10 meter, tahan jatuh setinggi 2 meter, dan tahan tekanan seberat 200kg.

Sony RX0 II

Kini, Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa kamera Sony RX0-II ini boleh dibeli di kedai-kedai Sony Centre dan pengedar sah di seluruh Malaysia pada harga RM2799.


TIPS & ULASAN