Carian
Laman Wikipedia Dihalang Sepenuhnya Di Negara China
May 15, 2019 • Effi Saharudin

Sekiranya bosan kami akan mencari bahan bacaan di laman Wikipedia bagi mendapatkan maklumat asas mengenai sesuatu topik. Sejak dilancarkan pada tahun 2001, Wikipedia kini ditawarkan dalam 303 bahasa dan boleh diakses secara percuma. Tetapi sekiranya anda di China, akses kepada laman ini telah dihalang sepenuhnya.

Pihak Wikimedia Foundation  mengesahkan akses kepada laman Wikipedia dalam semua bahasa telah dihalang di China sejak April 2019. Sebelum ini hanya Wikipedia bahasa Cina sahaja dihalang di negara tersebut sejak 2015. Teknik suntikan DNS dan tapisan SNI filtering digunakan yang membuatkan sukar bagi pengguna biasa untuk memintas halangan yang dikenakan oleh kerajaan.

Komen