Carian
Disebalik Fungsi ‘Why Am I Seeing This’ Pada Facebook
May 17, 2019 Syafia Hani

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana Facebook menyusun kedudukan sesuatu perkongsian di News Feed anda? Untuk jawapan bagi soalan ini, Facebook kini ini telah membuat pengumuman secara global berkenaan ciri baru mereka, dikenali sebagai “Why am I seeing this post”.

Melalui ciri baru ini, pengguna boleh melihat bagaimana sesuatu perkongsian di Facebook disusun mengikut turutan di News Feed. Pengguna juga boleh mengawal jenis-jenis kandungan yang mereka ingin lihat daripada rakan, Pages, dan juga Groups di News Feed.

Ciri baru ini boleh ditemui pada menu yang terletak di bahagian kanan atas post rakan anda. Apabila anda menekan butang “Why am I seeing this post?“, anda boleh melihat interaksi lalu anda bersama rakan anda sekaligus dapat mengetahui mengapa anda melihat sesuatu perkongsian tersebut pada susunan sedemikian.

Selain dapat melihat interaksi lalu bersama rakan, anda juga boleh melihat kekerapan anda berinteraksi dengan pengguna lain, di Pages atau di Groups, kekerapan anda berinteraksi pada sesuatu perkongsian seperti video atau pautan, serta populariti sesuatu perkongsian yang telah dikongsikan oleh rakan rakan anda di Facebook.

Anda juga boleh membuat pengawalan untuk sesebuah perkongsian, seperti See First, Unfollow, Hide, Snooze, News Feed Preferences, dan juga Privacy Shortcuts untuk memberi kelebihan kepada pengguna agar News Feed mereka lebih peribadi (personalization).

Bukan itu sahaja, Facebook juga telah mengemaskini ciri “Why am I seeing this ad?” di mana melaluinya, anda boleh melihat maklumat dengan lebih terperinci tentang mengapa anda dapat melihat sesuatu iklan di Facebook.

Antara sebabnya adalah Facebook akan padankan maklumat daripada sesuatu akaun perniagaan yang mengeluarkan iklan tersebut dengan profil pengguna tanpa perlu mendedahkan maklumat peribadi mereka.

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman menggunakan ciri baru ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi Facebook anda, dan ciri terbaru ini sedia digunakan.

Komen