Google Trips Kini Hadir Dalam Bentuk Web – Memudahkan Anda Membuat Perancangan Percutian Melalui Desktop

Google Trips Kini Hadir Dalam Bentuk Web – Memudahkan Anda Membuat Perancangan Percutian Melalui Desktop

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Google Trips merupakan sebuah perkhidmatan yang dapat memudahkan anda membuat perancangan untuk percutian. Ia sebelum ini hanya ditawarkan dalam bentuk aplikasi dan kini ia telah ditawarkan dalam versi web.

Seperti versi aplikasi mudah-alih, ia dapat menyusun pelbagai perkara mengenai sesuatu percutian di dalam satu perkhidmatan dengan mudah. Melaluinya, anda boleh mengakses tiket penerbangan, membuat tempahan hotel, dan melihat lokasi yang menarik untuk dilawati.

Apa yang menarik lagi, ia turut menarik data daripada Gmail anda untuk menyiapkan sejumlah perancangan percutian ini. Seperti contoh, e-mel yang berkaitan dengan penerbangan dan tempahan hotel akan ditarik secara automatik untuk dimasukkan ke dalam Google Trips.

Jadi bagi anda yang berminat untuk menggunakannya, anda boleh mengakses laman google.com/travel untuk memulakan perancangan percutian anda. Anda juga boleh menggunakan versi mudah-alihnya dengan memuat-turun aplikasi melalui App Store dan Google Play Store.


TIPS & ULASAN