Cari @ Amanz

Xiaomi kini hadir dengan promosi baru yang menawarkan telefon pintar Mi Mix 2s mereka pada harga yang sangat kompetitif, iaitu pada harga RM999.

Xiaomi Mi Mix 2s

Xiaomi Mi Mix 2s merupakan salah satu telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi tinggi, dan rekaan nirbingkai padanya. Ia menggunakancip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkan ia juga adalah dwi-kamera 12-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 5-megapixel dihadapan yang diposisikan pada bahagian bawah peranti.

Bagi anda yang berhasrat untuk mencari peranti baru menjelang perayaan ini, mungkin boleh menyemak penawaran daripada Xiaomi ini yang hanya terhad untuk esok – 16 Mei 2019 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd