Ookla Hadir Dengan Ookla 5G Map – Membolehkan Anda Melihat Bandar Dunia Yang Mempunyai 5G

Ookla Hadir Dengan Ookla 5G Map – Membolehkan Anda Melihat Bandar Dunia Yang Mempunyai 5G

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Banyak pembekal rangkaian dunia pada saat ini telah mula menawarkan sokongan 5G. Jadi bagi pengguna yang ingin melihat bandar yang dilengkapi 5G, Ookla telah memudahkannya melalui perkhidmatan Ookla 5G Map.

Melalui perkhidmatan ini, ia akan menunjukkan jumlah pembekal rangkaian 5G yang berada di sesuatu bandar. Apabila anda menekan pin sesuatu bandar, ia juga akan memperlihatkan nama pembekal rangkaian yang sedia menawarkan liputan 5G.

Apa yang menarik lagi, ia juga menunjukkan tahap kesediaan 5G pada sesuatu lokasi seperti ‘limited‘ atau ‘commercial availability‘. Kawasan yang dilabel sebagai ‘limited‘ ialah kawasan yang hanya menawarkan 5G untuk kegunaan ujian tertutup. Manakala label ‘commercial availability‘ pula merujuk kepada rangkaian 5G yang sedia digunakan untuk kesemua pengguna.

Kesemua lokasi yang diletakkan di dalam peta ini adalah berdasarkan daripada siaran akhbar dan bahan komunikasi seperti pengiklanan sesuatu pembekal rangkaian. Menurut Ookla, mereka juga akan mengemaskini liputan 5G pada perkhidmatan ini apabila terdapat perubahan dari semasa ke semasa.

Jadi bagi anda yang ingin melihat kesediaan 5G pada sesuatu lokasi, anda mungkin boleh menuju ke halaman Ookla 5G Map melalui pelayar web. Anda juga boleh mengikuti Twitter @Ookla5GMap untuk melihat kemaskini mengenai lokasi baru yang ditambah pada perkhidmatan ini.


TIPS & ULASAN