Oppo A5s Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Oppo A5s Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Minggu ini cukup sibuk dengan beberapa pelancaran peranti baharu untuk pasaran tempatan. Bagi mereka yang mencari peranti kelas permulaan mampu milik, Oppo A5s akhirnya ditawarkan di Malaysia. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.2″ HD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori sebesar 3GB dan storan 32GB.

Kemampuan kamera utama adalah sebesar 13+2 Megapixel f/2.0 manakala kamera swafoto pula adalah sebesar 8-egapixel. Sebuah bateri 4230 mAh membekalkan kuasa pada peranti dengan pengecasan menerusi port mikro-USB. Peranti ini walau bagaimanapun masih menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo dengan pelancar ColorOS 5.2.1.

Sebuah pengimbas cap jari turut disertakan pada bahagian belakang. Di Malaysia Oppo A5s akan dijual bermula esok pada harga RM599 dalam warna merah dan hitam.


TIPS & ULASAN