Carian
Realme X Dilancarkan – Skrin OLED, Snapdragon 710, Pengecasan VOOC, Kamera 48MP
May 15, 2019 Aman

Realme hari ini telah mengadakan acara khas di China, dimana mereka melancarkan telefon pintar terbaru dinamakan sebagai Realme X. Realme X ini hadir dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang paling tinggi buat masa ini daripada Realme, tetapi pada harga yang mampu-milik.

Realme X hadir dengan skrin 6.53-inci menggunakan panel OLED, dan tidak menyertakan sebarang takuk. Untuk tujuan kamera swafoto, Realme X menggunakan mekanisma pop-naik seperti beberapa telefon pintar lain dipasaran. Realme X turut menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, selain bicu audio 3.5mm.

Realme X

Melengkapkannya juga adalah cip Snapdragon 710, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 3765mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 48-megapixel berasaskan sensor Sony IMX586, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Buat masa ini, Realme X hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja. Di China, ia akan dijual pada harga bermula RMB1499 iaitu sekitar RM910.

Komen