Google Akan Mula Paparkan Iklan Pada ‘Discover Feed’

Google Akan Mula Paparkan Iklan Pada ‘Discover Feed’

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Iklan adalah satu perkara yang menjengkelkan dalam hidup. Lebih-lebih lagi apabila sedang menonton video di YouTube dan iklan yang tidak boleh dilangkau mula terpapar. Tetapi apakan daya, ini adalah cara para usahawan mempromosikan produk/perkhidmatan/jenama dan lain-lain untuk diperkenalkan pada umum.

Iklan dari Google bukan sahaja terpapar di YouTube, jika anda menggunakan GMail anda akan perasan akan terdapat iklan yang dipaparkan dalam bentuk emel. Terkini, Google akan mula tawarkan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan Google untuk memaparkan iklan pada ‘Discover Feed’.

‘Discover Feed’ adalah laman yang memaparkan informasi peribadi, berita dan banyak lagi perkara melalui aplikasi Google. ‘Discover Feed’ ini kerap dibuka selepas pengguna menggunakan Google Assistant. Jadi, kelak jika ada iklan terpapar pada halaman ini jangan terkejut.


TIPS & ULASAN