Google Umum Projek Translatotron Yang Berupaya Terjemah Ucapan Menggunakan Tona Suara Asal Penutur

Google Umum Projek Translatotron Yang Berupaya Terjemah Ucapan Menggunakan Tona Suara Asal Penutur

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Google telah pun mengadakan acara Google I/O 2019 pada minggu lepas yang menyaksikan pengenalan sejumlah perkara baru. Namun, nampaknya mereka tidak mengumumkan kesemua kejutan perkara baru pada minggu lepas. Hari ini, Google membuat kejutan dengan mengumumkan projek baru mereka dinamakan Translatotron.

Melalui Translatotron, ia membolehkan Google mengekalkan tona asal penutur ketika menterjemah sesuatu ucapan bersuara. Dengan langkah ini, ia membuat terjemahan dari satu bahasa ke bahasa lain, tetapi mengekalkan tona asal penutur berkenaan.

Google Translatotron

Google mengatakan mereka mengambil input suara berkenaan dan memprosesnya menjadi spektogram. Seterusnya, melalui perbandingan frekuensi suara, mereka menjana spektotgram baru dalam bahasa yang diinginkan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membawa kepada kemudahan untuk berinteraksi dengan pengguna berlainan bahasa – tetapi mengekalkan tona dan suara asal seseorang penutur.

Buat masa ini, ia masih dikaji lagi, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN