Asus Zenfone 6 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Kamera Boleh-Flip

Asus Zenfone 6 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Kamera Boleh-Flip

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Asus bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya hari ini dibawah keluarga Zenfone 6. Tetapi, seperti kebiasaan, kini gambar awal untuk telefon pintar berkenaan telah pun hadir ke arena web.

Melalui gambar tertiris yang dikongsikan @rquandt, ia memperlihatkan rekaan Zenfone 6 dengan panel skrin menyeluruh, menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dan menariknya menggunakan rekaan kamera boleh-flip.

Asus Zenfone 6

Asus Zenfone 6

Ini bermakna, anda boleh pusingkan kamera belakang untuk turut merakamkan gambar swafoto. Dengan penawaran ini, ia bakal menawarkan kualiti rakaman swafoto yang lebih baik berbanding penggunaan sensor berbeza seperti sebelum ini. Namun, pada masa yang sama akan menyusahkan sedikit pengguna sekiranya menggunakan ciri nyah-kunci berasaskan wajah dan sebagainya.

Asus Zenfone 6

Sementara kita nantikan pelancaran rasmi Asus Zenfone 6 ini, apa kata anda dengan rekaan yang tertiris ini?


TIPS & ULASAN