Cari @ Amanz

Sejak dari zaman Wolfenstein 3D, pemain menggunakan tetikus untuk mengawal watak di dalam permainan menembak pandang pertama. Ia masih lagi sistem kawalan yang paling selesa jika dibandingkan dengan alat kawalan permainan pada konsol. Bagi mereka yang inginkan alat kawalan yang lebih hampir kepada pistol sebenar, MouseGun telah dihasilkan.

Tetikus menegak ini mempunyai rekaan seakan pemegang sebuah pistol lengkap dengan dua butang picu untuk menembak. Sebuah roda tetikus diletakkan pada kedudukan tukul pistol. Ia masih lagi berfungsi seperti tetikus biasa dengan sistem laser yang mempunyai keperincian 3,200 DPI. Sebuah bateri sebesar 800 mAh membolehkan MouseGun berfungsi secara nirwayar. Tetikus seakan pistol ini sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh disokong pada harga $59 (~RM 246) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd