Serangan pengganas ke atas masjid di Christchurch distrim secara langsung menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Facebook. Selepas tragedi berlaku, Facebook menggunakan kecerdasan buatan bagi menghalang pengguna dari memuat naik video insiden berdarah ini ke platform mereka. Sejurus selepas itu Facebook dikecam kerana kegagalan mereka menghalang penstriman langsung yang dilakukan pengganas.
Hari ini Facebook mengumumkan beberapa halangan baru ke atas pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan penstriman video secara langsung mereka. Pengguna yang pernah melanggar garis panduan komuniti akan dihalang dari menstrim secara langsung selama 30 hari. Antara kesalahan yang melanggar garis panduan ialah berkongsi kandungan dari kumpulan atau individu yang dikategorikan sebagai boleh membawa bahaya kepada komuniti.
Tindakan yang diambil Facebook hari ini selari dengan pengumuman yang dilakukan oleh CEO mereka Cheryl Samberg pada April lalu untuk meletakkan halangan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang sekali lagi.