Netflix Membawakan Sokongan Perkongsian Ke Instagram Stories Pada Peranti Android

Netflix Membawakan Sokongan Perkongsian Ke Instagram Stories Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Perkongsian kandungan yang ditonton di Netflix ke Instagram Stories diperkenalkan pada peranti iPhone pada Januari lalu. Bagi pengguna Android fungsi ini akhirnya diaktifkan hari ini  oleh pihak Netflix. Apabila pengguna Netflix menekan butang Share pada peranti, terdapat pilihan untuk Instagram Stories.

Pengguna kemudian boleh meletakkan teks dan grafik sama seperti kandungan Stories yang lain. Hanya perkongsian imej kerdil filem atau siri Netflix sahaja dibenarkan. Ini pastinya akan meningkatkan kebarangkalian filem atau siri yang ditawarkan oleh Netflix untuk tular sekaligus ditonton. Kemaskini aplikasi Netflix Android ke versi terkini untuk menggunakan fungsi ini.


TIPS & ULASAN