Podcast merupakan kandungan yang membincangkan pelbagai topik berbeza mengikut penerbit dalam bentuk audio. Hari demi hari, ia menjadi semakin popular dan banyak aplikasi mula tawarkan kandungan Podcast ini.
Antara aplikasi kegemaran saya mendengar podcast adalah Google Podcast. Ini kerana ia mempunyai antaramuka yang ringkas dan amat mudah digunakan. Baru-baru ini, Google telah mengemaskini aplikasi Google Podcast dengan fungsi auto muat turun. Fungsi ini akan memuat turutn setiap episod baru podcast secara automatik selepas episod yang terkini didengari. Google turut menambah fungsi untuk hanya muat turun apabila peranti disambungkan dengan WiFi bagi menjimatkan data.
Sayang sekali, fungsi ini hanya diedarkan dalam bentuk A/B dan adalah melalui kemaskini dari bahagian pelayan. Tidak ramai yang dapat mengujinya. Harap kelak, Google akan edarkan kemaskini ini kepada semua.