Cari @ Amanz

Jualan Samsung Galaxy Fold telah ditangguh selepas masalah skrin yang serius dilaporkan oleh pengulas yang menerima model lebih awal. Dalam kes yang serius, skrin terus gagal berfungsi selepas debu memasuki komponen dalaman peranti. Menurut laporan media Korea Selatan, dua penambahbaikan akan dilakukan pada rekaan Galaxy Fold sebelum ia dilancarkan semula di negara tersebut Jun ini.

Perubahan pertama ialah lapisan pelindung skrin yang kini diselitkan terus pada tubuh peranti. Ini menyukarkannya dari dicabut secara tidak sengaja atau mengalami kerosakan selepas penggunaan yang lama. Lubang di antara dua panel skrin boleh lipat Galaxy Fold juga akan dikecilkan bagi menyukarkan kotoran dari memasuki bahagian belakang skrin. Pada rekaan asal, lubang antara dua skrin ini adalah agak besar.

Sumber Yonhap News menerusi Sammobile

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd