Honor 20 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 29 Mei 2019

Honor 20 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 29 Mei 2019

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Honor akan melancarkan Honor 20 secara rasminya pada minggu hadapan, dan menariknya kini pihak Honor Malaysia turut telah dalam persiapan memperkenalkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

Honor 20 Malaysia

Melalui perkongsian pihak Honor, mereka menyasarkan untuk menjual Honor 20 secara rasminya bermula 29 Mei 2019 kelak. Pra-tempahan untuknya bakal dimulakan antara 24 Mei hingga 28 Mei 2019 ini.

Buat masa ini, ciri penuh peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Tetapi, Honor dijangka akan memfokuskan kepada sokongan fotografi pada telefon pintar berkenaan, selain bakal hadir dalam dua variasi – iaitu Honor 20 dan juga Honor 20 Pro.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi telefon pintar ini pada minggu hadapan, sebelum nantikan lanjut berkenaan penawarannya untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN