Spotify sering hadir dengan promosi menguji Spotify Premium pada harga langganan serendah RM2 untuk tempoh tiga bulan, dan kini promosi berkenaan kembali sekali lagi. Bagi anda yang tidak pernah mencuba Spotify Premium, anda kini boleh mendaftarkan pakej Spotify Premium, dan mengujinya pada harga langganan serendah RM2 untuk tempoh tiga bulan.
Walaubagaimanapun, harga langganan berkenaan akan kembali kepada harga RM14.90 sebulan pada bulan ke empat dan seterusnya.
Dengan penawaran promosi ini, pengguna boleh menguji perkhidmatan penstriman muzik berkenaan, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum memilih untuk menggunakannya sepenuhnya.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Spotify Premium ini pada harga promosi ini hari ini.
- Layari : Spotify Premium