Cari @ Amanz

Asus hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Asus Zenfone 6. Ia hadir dengan pelbagai penawaran terkini, termasuk rekaan yang agak berbeza dan tidak meniru pengeluar-pengeluar lain.

Asus Zenfone 6

Asus Zenfone 6 hadir dengan skrin 6.4-inci IPS LCD menggunakan kaca Gorilla Glass 6, dan rekaan tanpa sebarang takuk atau lubang pada skrin. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 2.1. Menariknya juga, telefon pintar ini dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan Quick Charge 4.0 18W.

Untuk rakaman gambar, Asus Zenfone 6 menggunakan dwi-kamera gabungan 48MP + 13MP (lensa ultra-lebar). Menariknya, ia menggunakan rekaan boleh-flip, dimana pengguna boleh menggunakan kamera sama untuk rakaman swafoto. Ia juga hadir dengan sokongan penggunaan Android asli.

Asus Zenfone 6

Asus Zenfone 6

Asus Zenfone 6 hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, tetapi masih tidak mempunyai sokongan piawaian kalis air atau sokongan pengecasan nirwayar. Mungkin kerana ingin menjadikan harga jualannya lebih mampu-milik berbanding peranti mercu lain di pasaran.

Asus mengatakan Asus Zenfone 6 akan dijual pada harga bermula $499, iaitu sekitar RM2083. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd