OnePlus 6/6T Akan Menerima Zen Mode Dari OnePlus 7 – Kawal Diri Dari Obsesi Terhadap Peranti

OnePlus 6/6T Akan Menerima Zen Mode Dari OnePlus 7 – Kawal Diri Dari Obsesi Terhadap Peranti

Diterbitkan pada Mei 17, 2019 oleh .

OnePlus sudah pun melancarkan siri OnePlus 7 pada minggu ini. Model yang akan dilancarkan di Malaysia adalah OnePlus 7 Pro dan ia dijangka akan dijual pada harga mencecah lebih RM3000. Antara perkara yang menarik pada OnePlus 7 Pro adalah, ia menjalankan Oxygen OS 9.5 dan mempunyai banyak ciri menarik.

Antaranya adalah Zen Mode, Nightscape 2.0 dan juga fungsi rakaman skrin. Menurut Android Authority, OnePlus 6/6T akan menerima fungsi Zen Mode ini dalam kemaskini akan datang. Zen Mode secara asasnya adalah Digital Wellbeing sebenar. Yang mana tujuan ia dicipta adalah untuk mengawal pengguna daripada obsesi terhadap penggunaan peranti. Membezakan ia dengan Digital Wellbeing adalah, ia tidak menjejak cara penggunaan peranti – tetapi terus mengunci peranti selama 20 minit.

Apabila Zen Mode telah diaktifkan, peranti akan terkunci selama 20 minit dan Zen Mode tidak boleh dinyahaktifkan. Pengguna hanya boleh menggunakan kamera, membuat panggilan ke nombor kecemasan dan menerima panggilan sahaja. Tidak kira jika peranti dipadam atau direboot, ia akan kekal dalam Zen Mode dan hanya format peranti sahaja jalan untuk menggunakan peranti anda. Untuk Nightscape 2.0, disebabkan ia bergantung kepada sensor kamera – ia hanya eksklusif untuk siri OnePlus 7. Untuk fungsi rakaman skrin, OnePlus masih tidak berikan kenyataan lagi buat masa ini.

OnePlus 6/6T masih boleh dibeli di Malaysia secara rasmi. Namun harganya masih mencecah RM2000 ke atas dengan jaminan dua tahun. Untuk OnePlus 7 Pro, ia akan dilancarkan pada 21 Mei ini.


TIPS & ULASAN