Sony Memperkenalkan Xperia Ace Di Jepun – Bersaiz Kompak, Pengimbas Cap Jari Ditepi

Sony Memperkenalkan Xperia Ace Di Jepun – Bersaiz Kompak, Pengimbas Cap Jari Ditepi

Diterbitkan pada Mei 17, 2019 oleh .

Sony hari ini telah memperkenalkan sebuah telefon pintar yang eksklusif untuk pasaran Jepun, iaitu Sony Xperia Ace.

Sony Xperia Ace

Sony Xperia Ace dilihat membawakan rekaan yang kompak, selain menyertakan spesifikasi pertengahan. Menariknya juga, ia menyertakan sokongan kalis air dan juga bicu audio 3.5mm bersama-sama dengannya. Sony turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti – salah satu elemen rekaan yang dipopularkan Sony beberapa tahun lepas.

Dari segi spesifikasi, Xperia Ace hadir dengan skrin 5-inci pada nisbah skrin 18:9, dijana cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi bateri 2700mAh yang dicas menggunakan USB-C.

Untuk rakaman gambar, Xperia Ace menyertakan kamera 12-megapixel dibelakang dan kamera swafoto 8-megapixel.

Buat masa ini, peranti bersaiz kompak ini hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah penawaran peranti ini akan diperluaskan pada peringkat global.


TIPS & ULASAN