Opera 52 Untuk Android Kini Dapat Menyimpan Halaman Web Dalam Bentuk PDF

Opera 52 Untuk Android Kini Dapat Menyimpan Halaman Web Dalam Bentuk PDF

Diterbitkan pada Mei 17, 2019 oleh .

Menyimpan sesuatu halaman web dalam bentuk PDF agak sedikit melecehkan pada peranti mudah-alih. Ia memerlukan pemasangan aplikasi pihak ketiga – tidak seperti pelayar web desktop yang sedia menawarkan kebolehan ini. Dalam membolehkan pengguna menyimpan halaman web dalam bentuk PDF, pihak Opera telah menawarkannya secara terbina menerusi Opera 52 untuk Android.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyimpan sesuatu halaman dengan menekan menu butang tiga titik. Ia kemudian akan menyajikan paparan seumpama ketika mencetak, dengan membolehkan anda mengubah kedudukan secara menegak atau melintang.

Selain daripada penambahan fungsi penyimpanan fail PDF, Opera 52 untuk Android juga menambah baik kebolehan pertukaran tab yang kini lebih dapat digunakan dengan lebih lancar. Ia juga menyertakan sejumlah penambah baikan pepijat dalam mengatasi isu VPN dan memainkan video.

Kemaskini Opera 52 telah mula ditawarkan kepada pengguna melalui kemaskini pada halaman Google Play Store. Dengan perlaksanaan fungsi ini, ia anda memudahkan anda membaca dan berkongsi sesuatu halaman dalam bentuk fail PDF.


TIPS & ULASAN