Cari @ Amanz

Amazon bukan sahaja terkenal dengan buku elektronik untuk membaca, Kindle. Mereka turut mempunyai tablet Android tersendiri dalam siri Fire. Walau bagaimanapun, Android pada tablet Fire adalah yang tersendiri – Fire OS yang mana tidak mempunyai sebarang aplikasi Google. Amazon menggantikannya dengan aplikasi-aplikasi mereka tersendiri.

Dua tahun lepas, tablet Fire 7 dan Fire 7 Kids Edition telah dilancarkan. Terkini, mereka telah mengemaskini siri tablet Fire 7 ini. Antara kemaskini yang dilakukan adalah pada kamera swafoto, yang sebelum ini adalah VGA dan terkini adalah 2MP 720p yang sesuai untuk panggilan video. Cip pemproses pula adalah berasaskan MediaTek yang telah ditambahbaik dan kini ia turut menyokong pembantu digital, Alexa. Untuk storan dalaman ia kini mempunyai memori 16 dan 32 GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 512GB.

Fire 7 Kids Edition sama sahaja dengan Fire 7. Cuma ia mempunyai kerangka khas yang boleh didirikan dan kalis kanak-kanak. Pilihan storan hanya 16GB, namun ia sedikit istimewa kerana setiap pembelian akan disertakan dengan langganan 1 tahun Amazon FreeTime Unlimited, yang mempunyai 20000 aplikasi, buku, video daripada studio terkenal seperti Nickelodeon dan Disney.

Amazon Fire 7 dijual pada harga $50/$65 untuk 16GB dan $70/$85 untuk 32GB. Versi murah adalah versi yang dipadatkan dengan iklan. Manakala, Amazon Fire 7 Kids Edition dijual pada harga $99.99.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd