Cari @ Amanz

Redmi Note 7 adalah telefon pintar pertama di bawah nama Redmi selepas siri Redmi dijadikan sebagai satu sub-jenama. Peranti ini turut mempunyai versi Pro yang dilancarkan di China. Tetapi jelas di sini strategi pemasaran Redmi masih mengikut cara Xiaomi. Untuk siri ini ia sedikit mengelirukan. Redmi Note 7 di India adalah Redmi Note 7 Pro, manakala di China terdapat kedua-duanya sekali – Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro.

Terkini, khusus di India Redmi akan melancarkan Redmi Note 7S. Iaitu Redmi Note 7 biasa untuk pasaran India. Dari segi spesifikasi, sudah tentu sama sahaja yang mana ia dijana Snapdragon 660, skrin 6.3-inci FHD+, dwi-kamera 48+5 MP dan kamera swafoto 13MP. Untuk bateri, ia bersaiz 4000mAh dan menjalankan MIUI 10. Variasi storan Redmi Note 7S masih belum diketahui, namun di Malaysia Redmi Note 7 ditawarkan dalam variasi 4/64 GB dan 4/128 GB.

Redmi Note 7S akan dilancarkan khusus untuk pasaran India pada 20 mei 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd