Keretapi Tanah Melayu Berhad kini telah hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai MyRailtime. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk menyemak jadual pelepasan untuk KTM dari sesuatu lokasi ke destinasi yang dituju.
Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh menyemak bilakah sesuatu keretapi KTM Komuter sekitar Lembah Klang, dan Skypark Link yang dijadualkan untuk pelepasan dari sesuatu stesen.
Menurut pihak KTM, aplikasi ini menawarkan jadual pelepasan masa-nyata, sekaligus memudahkan lagi perancangan perjalanan seseorang pengguna ke destinasi. Bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan KTM, anda boleh memuat-turun aplikasi percuma ini dan menggunakannya dalam perancangan perjalanan anda supaya lebih efisien berbanding kebiasaan.
- Muat-Turun MyRailtime untuk Android
- Muat-Turun MyRailtime untuk iPhone