Xiaomi Malaysia Melancarkan Xiaomi Official Store Global – Menjual Semua Produk Dari Xiaomi China

Xiaomi Malaysia Melancarkan Xiaomi Official Store Global – Menjual Semua Produk Dari Xiaomi China

Diterbitkan pada Mei 17, 2019 oleh .

Pasti ramai yang sudah tahu yang Xiaomi bukan sahaja menjual telefon pintar, tetapi turut mempunyai banyak produk lain. Antara produk-produk lain mereka adalah, produk peranti berhubung, produk gaya hidup, produk kerjasama dengan jenama lain dan banyak lagi. Sayang sekali, kebanyakan produk-produk ini hanya terhad di negara China sahaja.

Terkini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan Xiaomi Official Store Global di Shopee. Kedai atas talian ini akan menjuak kesemua produk-produk Xiaomi dari China, termasuk produk-produk kerjasama mereka. Contoh produk kerjasama mereka adalah dari Mijia dan Youpin. Kesemua produk yang dijual di lama Shopee ini akan dihantar dari China dan akan mengambil masa sedikit lama berbanding barang yang dihantar dari Malaysia.

Bukan itu sahaja, setiap barangan yang dibeli – label dan buku panduan akan dalam bahasa China sepenuhnya. Kemudian setiap barangan yang dibeli juga, pembeli perlu tanggung kos kastam, cukai atau lain-lain kos sendiri. Untuk jaminan pula, setiap produk adalah tertakluk kepada polisi laman web Xiaomi China. Jadi, ini bermakna segala jaminan adalah dari Xiaomi China dan tidak akan ditanggung oleh Xiaomi Malaysia.

Kemungkinan besar sebab kedai atas talian ini dilancarkan adalah untuk menghentikan penjual-penjual set import yang menjual barangan Xiaomi China pada harga yang tidak masuk akal. Xiaomi Official Store Global akan dibuka pada 21 Mei ini dan dari 21-23 Mei, akan terdapat jualan pembukaan dengan diskaun sehingga RM110. Bagi yang mengikuti perkembangan berita ini, Xiaomi akan hadiahkan 10 Mi Band 3 kepada mereka yang bertuah. Sama-sama kita nantikan pelancaran kedai atas talian ini untuk lihat apa yang mereka akan jual.

Layari Kedai Atas Talian Xiaomi Official Global Store Di Shopee


TIPS & ULASAN