Cari @ Amanz

Semalam Jabatan Perdangangan Amerika Syarikat memasukkan Huawei ke dalam senarai Entity List yang menyebabkan mereka tidak boleh membeli perkakasan teknologi buatan Amerika Syarikat tanpa kebenaran oleh kerajaan. Penguatkuasaan halangan ini akan dilakukan dalam masa beberapa hari lagi dan akan mendatangkan kesan negatif ke atas Huawei seperti yang berlaku ke atas ZTE sebelum ini.

Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka dan akan menentang halangan yang bakal dikenakan. Menurut Huawei halangan ini akan mendatangkan kesan ekonomi yang serius kepada niaga Huawei yang beroperasi di Amerika Syarikat. Ia juga akan mengakibatkan ribuan pekerjaan terjejas di samping mengganggu kerjasama serta kepercayaan yang wujud dalam rantaian bekalan global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd