LINE Turut Hadir Dengan Penawaran Ciri “Stories” Tersendiri

LINE Turut Hadir Dengan Penawaran Ciri “Stories” Tersendiri

Diterbitkan pada Mei 17, 2019 oleh .

LINE merupakan salah satu aplikasi permesejan yang agak popular dirantau Asia, dimana ia menyertakan sejumlah watak emoji yang comel, selain beberapa fungsi unik. Terkini, seperti penawaran di Snapchat dan Instagram, LINE turut menambah fungsi baru dinamakan LINE Story.

Melaluinya, pengguna boleh merakamkan gambar, video atau berkongsi teks – yang mana akan hilang dalam tempoh 24 jam. Penawaran ini adalah sama seperti yang terdapat pada Instagram dan Snapchat pada hari ini.

Dengan ciri ini juga, ia akan membolehkan pengguna berkongsi dengan lebih aktif, dan tidak perlu risau akan terlebih berkongsi di laman sosial mereka.

LINE turut mengatakan mereka akan memperkenalkan integrasi “Stickers” dan lain-lain pada LINE Story ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN