Telekom Malaysia hari ini mengumumkan penawaran data sebanyak 1GB secara percuma kepada para pelanggan Unifi Mobile. 1GB data percuma ini ditawarkan bersempena dengan Hari Telekomunikasi Sedunia hari ini.
Untuk pelanggan pascabayar, Unifi Mobile menawarkan data percuma 1GB, sementara untuk pelanggan pakej #Bebas, anda boleh menebus pas data tanpa-had LTE secara percuma hari ini.
Bagi anda yang menggunakan rangkaian Unifi Mobile, jangan lupa untuk tebus penawaran percuma ini hari ini.