Cari @ Amanz

Hotlink sering hadir dengan promosi khas bersempena musim perayaan. Terkini, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Hotlink kini menawarkan data percuma sebanyak 44GB untuk pengguna yang melanggan sebarang pek HotlinkMU RAYA melalui aplikasi Hotlink RED. Promosi ini disediakan sehingga 30 Jun 2019 kelak.

Hotlink 44GB

Penawaran data percuma 44GB ini akan tertakluk mengikut tempoh langganan pek data yang anda langgan. Hotlink turut mengatakan ia dibahagikan kepada dua, dimana 22GB boleh digunakan sepanjang hari, sementara 22GB lagi adalah untuk penggunaan ketika waktu lewat malam antara 1 pagi hingga 7 pagi.

Bagi anda yang menggunakan Hotlink, boleh menyemak penawaran data percuma ini hari ini, sekaligus menggunakannya untuk pelbagai tujuan, termasuk kekal berhubung dengan mereka yang tersayang.

Hotlink 44GB Raya

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd