Cari @ Amanz

Google sedia mempunyai halaman MyAccount yang membolehkan anda memantau sejumlah data yang dikumpulkan oleh gergasi internet berkenaan – sekaligus membolehkan anda memadamnya.

Terkini, ia turut diketahui yang mana Google mempunyai sebuah halaman khusus dinamakan “Purchases”, dimana melalui halaman berkenaan, ia menyenaraikan pelbagai pembelian anda – yang dipautkan kepada akaun GMail.

Secara kasarnya, ia menghimpunkan segala invois pembayaran yang diterima melalui GMail anda, dan memudahkan anda melihatnya dengan mudah. Memandangkan ia menghimpunkan pembelian yang resitnya dihantar ke akaun GMail, maka pengguna boleh melihat pembelian yang berlaku secara atas-talian mahupun luar-talian.

Bagi anda yang berminat, boleh melihat pelbagai pembelian yang telah dilakukan yang dipautkan ke akaun GMail anda – untuk tempoh sejak beberapa tahun lepas dengan mudah melalui halaman Purchases di Google MyAccount.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd