Fungsi Menyunting Paparan Langit Pada Peranti Xiaomi Kini Tiba Di MIUI Beta

Fungsi Menyunting Paparan Langit Pada Peranti Xiaomi Kini Tiba Di MIUI Beta

Diterbitkan pada Mei 18, 2019 oleh .

Menyunting gambar adalah satu kegemaran buat ramai pengguna telefon pintar. Baik menggunakan Snapchat, penuras pada VSCO, Instagram dan dan sebagainya. Beberapa hari lepas, Xiaomi dikatakan bakal hadir dengan fungsi penyuntingan baharu terbina terus dalam MIUI. Melalui fungsi ini pengguna boleh mengubah paparan langit kepada jenis langit yang berbeza.

Terkini, menurut pengguna di Reddit, fungsi ini telah pun mula diedarkan melalui kemaskini MIUI Beta yang terkini. Fungsi ini terbina dalam aplikasi galeri MIUI dan dalam MIUI Beta, aplikasi galeri yang mempunyai fungsi ini berada dalam versi 2.2.12.2.

Tidak peranti apa yang digunakan oleh pengguna Reddit ini, anda yang menggunakan peranti Xiaomi dan menjalankan MIUI Beta boleh semak aplikasi galeri anda jika sudah boleh menggunakan fungsi ini.


TIPS & ULASAN