Cari @ Amanz

Dalam arena perkhidmatan seru-pandu di rantau Asia Tenggara, selain daripada Grab, satu lagi perkhidmatan yang popular adalah Go-Jek. Ia berasal dari Indonesia, dan tahun ini mereka turut telah melebarkan penawaran ke Thailand dan juga Vietnam.

Go-Jek popular dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu berasaskan kepada motosikal, selain turut menawarkan perkhidmatan seru-pandu berasaskan kereta, selain perkhidmatan lain seperti tempahan makanan dan sebagainya.

Gojek

Melalui laporan MalayMail, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihak Go-Jek telah bertemu beliau sekitar sebulan yang lepas, dan menyatakan minat untuk memasuki pasaran Malaysia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Go-Jek akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat atau mungkin mengambil masa yang lama lagi.

Kerajaan telah pun menetapkan peraturan untuk perkhidmatan seru-pandu yang akan mula dikuat-kuasakan bermula bulan Julai kelak. Namun, masih tiada perancangan untuk perkhidmatan seru-pandu berasaskan motosikal buat masa ini.

Sekiranya Go-Jek memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat, semestinya ia akan memberikan persaingan sihat kepada Grab, selain pada masa yang sama akan menguntungkan para pengguna perkhidmatan seru-pandu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd