Sony Menghasilkan Filem Berwarna Yang Boleh Dicetak Dan Dipadam Berulang Kali

Sony Menghasilkan Filem Berwarna Yang Boleh Dicetak Dan Dipadam Berulang Kali

Diterbitkan pada Mei 20, 2019 oleh .

Kita kini di era digital dan tidak ramai yang mencetak gambar dalam bentuk fizikal berbanding dua dekad yang lalu. Kami yakin ramai di kalangan pembaca Amanz yang sudah bertahun tidak mencetak gambar dengan kerap dan hanya menyimpan memori di storan awanan. Tetapi Sony masih melihat terdapat permintaan untuk filem yang digunakan untuk mencetak gambar.

Mereka telah membangunkan lapisan filem berwarna yang boleh dicetak dan dipadam berkali-kali. Lapisan filem ini dicetak dan dipadam menggunakan laser. Filem ini menggunakan bahan termfoto yang boleh dipanaskan bagi mengubah lapisan pewarna leuco yang digunakan. Imej boleh dicetak dan dipadam walaupun terletak di belakang lapisan kaca atau plastik lutcahaya. Kualiti imej yang dicetak adalah setanding dengan kualiti cetakan sedia ada menurut Sony.

Filem ini tidak dihasilkan untuk digunakan pada kamera pada waktu ini tetapi lebih mensasarkan industri percetakan. Sony akan melakukan kajian untuk melihat penggunaannya selain sebagai medium percetakan yang boleh digunakan berkali-kali.


TIPS & ULASAN