Redmi K20 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada Minggu Hadapan

Redmi K20 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 20, 2019 oleh .

Kita telah sedia mendengar mengenai beberapa desas-desus berkenaan telefon pintar mercu terbaru dibawah jenama Redmi sejak beberapa minggu lepas. Terkini, akhirnya tarikh pelancaran telefon pintar berkenaan diketahui, dimana pihak Xiaomi menjadualkan pengenalannya pada 28 Mei 2019 kelak di China.

Redmi K20 dijangka menyertakan cip Snapdragon 855, selain mungkin turut menyertakan sokongan kamera yang baik bersama-sama dengannya – berkemungkinan kamera 48-megapixel dibelakang.

Redmi K20

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, pihak Redmi dilihat memposisikannya sebagai sebuah telefon pintar yang akan “membunuh” pelbagai telefon pintar mercu lain dipasaran hari ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 28 Mei ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Redmi K20 ini.


TIPS & ULASAN