Redmi Note 7S Dilancarkan Di India – Hadir Dengan Kamera 48-Megapixel

Redmi Note 7S Dilancarkan Di India – Hadir Dengan Kamera 48-Megapixel

Diterbitkan pada Mei 20, 2019 oleh .

Xiaomi sedia memperkenalkan telefon pintar Redmi Note 7 sebelum ini. Hari ini, mereka turut memperkenalkan sebuah kemaskini kecil untuk siri peranti berkenaan melalui Redmi Note 7S. Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah penyertaan kamera 48-megapixel bersama-sama dengannya untuk rakaman gambar yang lebih canik dan menawan.

Redmi Note 7S membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti model Redmi Note 7 sebelum ini. Ia menggunakan skrin 6.3-inci HD+, dijana cip Snapdragon 660, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Redmi Note 7S

Redmi Note 7S hadir dengan kamera 48-megapixel dibelakang dengan gabungan kamera 5-megapixel. Melalui beberapa perbandingan, Xiaomi memperlihatkan rakaman gambar menggunakan Redmi NOte 7 lebih cantik dan jitu berbanding pelbagai pengeluar yang menggunakan kamera 48-megapixel dipasaran. Untuk rakaman swafoto pula, Redmi Note 7S dilengkapi kamera 13-megapixel.

Di Malaysia, Redmi Note 7 dengan kamera 48MP sedia ditawarkan pada harga bermula RM679.


TIPS & ULASAN