Google Calendar Untuk Android Kini Hadir Dengan Tema Berwarna Gelap

Google Calendar Untuk Android Kini Hadir Dengan Tema Berwarna Gelap

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Google pada saat ini dilihat aktif dalam menawarkan tema berwarna gelap pada aplikasi mereka. Selepas mengemaskini aplikasi Messages, Contacts, dan Calculator, kini tiba giliran aplikasi Google Calendar pula yang menerima tema berwarna gelap.

Pilihan tema berwarna gelap ini mula ditempatkan pada aplikasi Google sebagai persediaan untuk kegunaan Android Q. Pengaktifan fungsi ini dapat menjadikan aplikasi kelihatan lebih mesra untuk penglihatan, lebih-lebih lagi ketika digunakan pada waktu malam.

Untuk mengaktifkannya, anda boleh menuju ke halaman Settings > General > dan tekan pada Theme. Daripada halaman ini, anda boleh memilih pilihan tema “Dark” untuk menukar paparan Google Calendar menjadi gelap.

Fungsi ini ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna melalui kemaskini aplikasi Google Calendar terkini. Bagi anda yang belum menerimanya, anda boleh memasang Google Calendar 6.0.36-248508899 secara manual melalui halaman APK Mirror.


TIPS & ULASAN