Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang mengejutkan ramai sejak semalam adalah apabila Google menggantung lesen Android untuk Huawei, sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkaitan masa depan arena telefon pintar dibawah Huawei.

Huawei sendiri sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan sokongan sekuriti dan khidmat selepas jualan untuk telefon pintar mereka.

Huawei P30

Terkini, kerajaan Amerika Syarikat turut memberikan lesen sementara kepada pihak Huawei – yang mana membenarkan Huawei membuat beberapa perkara sehingga 19 ogos 2019 kelak. Antara yang diliputi dibawah lesen sementara ini adalah termasuk membolehkan Huawei memberikan sokongan khidmat selepas jualan, termasuk kemaskini perisian dan sebagainya untuk peranti sedia ada mereka, termasuk perkakasan rangkaian yang ditawarkan Huawei.

Selain daripada itu, ia juga akan membolehkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat untuk menjual peralatan atau perkhidmatan terpilih kepada pihak Huawei untuk tempoh berkenaan.


Huawei telah mengeluarkan komen rasmi berkaitan perkara ini. Berikut merupakan komen rasmi Huawei berkaitan masalah ini:

Huawei telah membuat sumbangan yang banyak dalam pembangunan dan pertumbuhan Android diseluruh dunia. Sebagai salah satu rakan kerjasama utama Android, kami telah bekerjasama dengan platform sumber terbuka berkenaan untuk membangunkan ekosistem yang menguntungkan pengguna dan juga industri.

Huawei akan terus memberikan kemaskini sekuriti dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua produk telefon pintar dan tablet Huawei serta HONOR, meliputi produk yang telah dijual dan juga produk dalam stok secara global.

Kami akan terus membangunkan ekosistem yang selamat dan berkesinambungan, dalam usaha memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd