Google Menghentikan Penjualan Kerangka Pelindung ‘My Case’

Google Menghentikan Penjualan Kerangka Pelindung ‘My Case’

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Seperti mana-mana pengeluar peranti, mereka pasti akan hadir dengan kerangka pelindung mereka tersendiri. Namun, kebiasaannya pengguna lebih gemarkan kerangka pelindung dari pihak ketiga kerana harga dan ciri yang lebih baik. Google juga begitu, mereka mempunyai kerangka pelindung tersendiri. Google tawarkan banyak pilihan seperti kerangka pelindung yang diperbuat daripada fabrik dan juga yang boleh diubahsuai.

Kerangka pelindung yang boleh diubahsuai ini digelar sebagai ‘My Case‘. Ia dimulakan sejak zaman Nexus 6. Di mana pengguna boleh pilih sendiri rekaan untuk kerangka dan kerangka tersebut hadir dengan butang NFC untuk menetapkan gambar latar boleh gerak (live wallpaper). Terkini, Google telah menghentikan penjualan ‘My Case’ ini. Penjualan ini mula dihentikan sejak Google I/O lagi, iaitu pada pelancaran Google Pixel 3a/3a XL.

Google tidak nyatakan sebab rasmi kenapa mereka menghentikan penjualan kerangka pelindung boleh ubahsuai ini. Namun ada kemungkinan besar, Google hanya ingin fokus kepada kerang eksklusif fabrik yang dikatakan popular di kalangan pengguna Pixel – yang diperkenalkan sejak Pixel 2 lagi.


TIPS & ULASAN