Versi Pembangunan Pelayar Web Microsoft Edge Kini Boleh Diuji Pengguna Mac

Versi Pembangunan Pelayar Web Microsoft Edge Kini Boleh Diuji Pengguna Mac

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Microsoft telah pun mula membangunkan pelayar web generasi baru berasaskan enjin Chromium, dan telah menawarkan versi pembangunannya kepada pengguna Windows sebelum ini. Hari ini, Microsoft turut memperluaskan penawarannya, dan turut membolehkan pengguna Mac menguji pelayar web Microsoft Edge generasi baru tersebut.

Melalui pelayar web baru ini, ia menawarkan pengalaman seumpama Chromium, tetapi dengan sentuhan pihak Microsoft. Ia turut menyertakan rekaan mesra MacOS, selain sokongan untuk Touch Bar dan juga kekunci pintasan Mac.

Bagi anda yang berminat mencuba pelayar web generasi baru daripada Microsoft ini, anda boleh memuat-turun dan mengujinya hari ini pada Windows dan juga MacOS.

Muat-Turun Microsoft Edge


TIPS & ULASAN