Pengguna Melaporkan Google Pixel 3a/3a XL Mati Secara Tiba-Tiba

Pengguna Melaporkan Google Pixel 3a/3a XL Mati Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Google Pixel 3a dan 3a XL adalah peranti kelas pertengahan ‘premium’ daripada Google. Ia mempunyai ciri dan fungsi kamera yang sama dengan Pixel 3 dan pengalaman Android asli sebenar pada separuh harga Pixel 3. Walaupun spesifikasi peranti ini tidak sehebat peranti kelas pertengahan lain, peminat-peminat Android asli tetap akan membelinya.

Terkini, peranti ini dilaporkan mati secara tiba-tiba. Sebab pertama adalah, apabila peranti disambungkan dengan WiFi dan dibiarkan selama 10 minit – ia akan mati secara tiba-tiba. Ada situasi, peranti ini tersangkut dan tidak boleh direboot kecuali dengan menekan butang kuasa selama 30 saat. Selain daripada itu, terdapat juga pengguna yang melaporkan Pixel 3a mereka secara tidak sengaja reboot dengan sendiri.

Sayang sekali, buat masa ini tiada cara untuk membaiki masalah ini. Buat masa ini pengguna hanya boleh format peranti atau tuntut jaminan peranti buat masa ini dan harapkan masalah tidak akan berulang.


TIPS & ULASAN