Colorful iGame G-One Ialah AIO Berkuasa Dengan Grafik RTX 2080

Colorful iGame G-One Ialah AIO Berkuasa Dengan Grafik RTX 2080

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

AIO pada asalnya direka untuk mereka yang memerlukan sebuah desktop yang tidak memerlukan ruang meja yang besar. Tetapi sejak kebelakangan ini AIO khusus untuk permainan video mula dihasilkan kerana terdapat permintaan di pasaran. Colorful iGame G-One ialah AIO berkuasa yang baru sahaja diumumkan semalam.

Ia dilengkapi skrin IPS beresolusi 2560×1440 pixel 144 Hz dengan pengiktirafan HDR400. Dijana cip Intel Core i9-8950HK dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080. Tiada maklumat mengenai saiz RAM dan storan pada waktu ini. Pihak Colorful menyertakan sebuah sistem penyejuk berkuasa bagi memastikan AIO ini beroperasi pada tetapan paling optimum. Ia bakal dijual pada harga $5000 (~RM 22000)  sebuah namun tarikh belum diumumkan lagi.



Paling Popular