edotco Memperlihatkan Hentian Bas Pintar – Dilengkapi Dengan Penyelesaian Telekomunikasi

edotco Memperlihatkan Hentian Bas Pintar – Dilengkapi Dengan Penyelesaian Telekomunikasi

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Baru-baru ini, edotco Malaysia Berhad telah melancarkan Hentian Bas Pintar di Pulau Pinang, yang dilengkapi dengan penyelesaian telekomunikasi. Pelancaran ini dilihat sebagai langkah persediaan negara untuk pelaksanaan 5G.

Untuk makluman anda, hentian bas pintar ini turut dilengkapi dengan sistem telekomunikasi seperti kemudahan pengecasan, kamera CCTV dan butang panik bagi langkah keselamatan. Malah, ianya turut dilengkapi dengan sambungan internet hotspot WiFi. Lebih menarik, tenaga yang menyokong tempat perlindungan ini adalah daripada panel solar di bahagian atap. Sokongan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan lagi pergantungan pada sokongan grid.

Pelaksanaan ini menunjukkan hentian bas pintar ini boleh hadir dengan pelbagai fungsi yang disepadukan bersama teknologi pintar dan kemudahan digital kepada orang awam. Ia juga dapat menggalakkan penggunaan orang awam terhadap sambungan digital yang lebih baik. Inisiatif ini adalah inisiatif pertama edotco dalam menjadikan perkongsian digital dapat berterusan dan lebih produktif untuk menggerakkan infrastruktur telekomunikasi sambungan negara.

Melalui pelaksanaan ini, edotco ingin menjadikan hentian bas pintar sebagai salah satu penyelesaian kepada pemasangan telekomunikasi, di mana perihal ini dapat menyokong permintaan kapasiti dan kelajuan sambungan yang diperlukan pada kawasan padat penduduk.


TIPS & ULASAN