Samsung Galaxy Note 10 Dijangka Akan Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Secara Menegak

Samsung Galaxy Note 10 Dijangka Akan Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Secara Menegak

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Susunan kamera secara melintang telah mula digunakan pada Samsung Galaxy Note 8 dan kemudiannya diikuti oleh Note 9 dan siri Galaxy S10. Namun untuk peranti Galaxy Note 10 akan datang, sususan kamera pada peranti ini dijangka akan hadir secara menegak.

Perkara ini dikongsikan oleh Ice Universe yang terkenal dengan perkongsian maklumat mengenai peranti Samsung akan datang. Beliau mengatakan peranti berkuasa Samsung yang seterusnya bakal mengalami perubahan dari segi kedudukan kamera belakang dan hadapan.

Pada balasan tweet tersebut, beliau turut berkongsi bahawa kamera Galaxy Note 10 bakal mempunyai susunan secara menegak, seperti mana yang dilihat pada Galaxy Fold. Rekaan kamera hadapannya pula dikatakan akan ditempatkan pada sebelah kiri, menerusi rekaan skrin berlubang Infinity-O.

Dari segi penawaran kamera, Galaxy Note 10 dijangka akan menawarkan sistem kamera seperti Galaxy S10. Ia bakal hadir dengan penggambaran lebar biasa, ultra-lebar, dan kebolehan zoom sebanyak 2x. Pada versi Pro, ia mungkin akan membawa kamera ToF untuk mendapatkan bacaan kedalaman gambar yang lebih baik.

Samsung Galaxy Note 10 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada sekitar bulan Ogos tahun ini. Maklumat seperti spesifikasi yang lain masih tidak diketahui, namun dijangka akan membawa penawaran seumpama yang hadir pada Galaxy S10.


TIPS & ULASAN